Anda dlm kategori yg mana agak-agaknya??situasi ini biasanya kita dpt lihat dlm facebook apabila seseorang itu update status dkt fb. Di sini kita dpt lihat 5 kategori orang apabila update statusnya dlm fb.
PERTAMA: Seseorang itu suka post yg berkaitan ilmu yg baik-baik tetapi orang ini tidak mengharapkan apa-apa balasan drp status yg di update serta tidak mengharapkan likes drp orang ramai kerana status yg di update ikhlas tanpa mengharapkan balasan apa-apa pun..orang ini tidak mengharap org likes statusnya dan bersikap redha krn ada ganjaran yg akan diperolehinya di akhirat walaupun di dunia tiada balasan diperolehi..yg penting ilmu yg diberikan dlm fb dpt memanfaatkan semua org yg membacanya walaupun tidak di likes..
KEDUA: Seseorang itu suka update status tetapi kategori ini suka statusnya di likes oleh org ramai krn inginkan dia lebih glamour drp org lain krn statusnya ramai org likes dan hendak kn publisiti org ramai..org ini suka update status dan meminta-minta org ramai likes dy punya status dan merasakan diri glamour macam artis..
KETIGA: Seseorang itu yg jenis suka memaksa org ramai utk terima apa yg diperkatakan dlm status nya dan merasakan pendapat diri sendiri lebih betul drp org lain dan tidak mahu menerima pendapat org lain krn pendapat org lain dikatakan salah..merasakan diri hebat dan sentiasa betul..
KEEMPAT: Seseorang itu jenis yg suka maki-maki org, sinis, hentam, kutuk, keji, mengaibkan org dan menjatuhkan maruah org dlm status nya..kategori org macam ini tidak patut ada dlm kalangan org Islam yg menjatuhkan maruah sesama Islam serta keji mengeji serta kutuk-mengutuk..jikalau ingin memberi nasihat, berilah nasihat itu dgn berhikmah dan lemah-lembut yg membuatkan org akan menerima nasihat yg kita berikan dan tidak akan membuatkan org marah dgn status kita yg suka menjatuhkan maruah org lain..
KELIMA: Seseorang itu yg suka update status yg baik-baik dan islamik dlm fb realitinya dirinya sendiri tidak pernah berubah dan berada di sikap yg sama..diharapakan kategori org ini akan berubah sikapnya dan baik dari segi dalaman dan luaran, bukannya hanya menasihati org tetapi diri sendiri tidak berubah ke arah yg labih baik..renung-renungkan dan fikir-fikirkan, mana satu pilihan anda..tepuk dada, tanyalah iman..pilihan di tangan anda, anda berhak pilih yg mana satu..buatlah pilihan yg tepat yg akan mencerminkan peribadi anda dr segi dalaman dan realiti..Wallahua'lam..

No comments:
Post a Comment